HONG KONG 18 Mac – Dua buah tren bawah tanah bertembung ketika waktu puncak dalam satu kejadian di sini hari ini, menyebabkan perkhidmatan pengangkutan tersebut tergendala seketika dan menjejaskan ribuan penggunanya.
Channel News Asia melaporkan, kedua-dua pemandu tren tersebut mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Ketika kejadian, kedua-dua tren tersebut tidak membawa penumpang kerana sedang menguji sistem isyarat baharu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sehubungan itu, satu siasatan akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan. – AGENSI











