SUNGAI PETANI 15 Mac. – Dua lelaki maut apabila motosikal dinaiki mereka terbabas lalu merempuh penghadang jalan berhadapan sebuah rumah ibadat di Jalan Bakar Sampah, di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 12.05 tengah malam itu, mangsa yang maut ialah penunggang motosikal itu, A. Punizen, 25, dan pemboncengnya, T. Arunvarma, 17. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian…










