Dua maut, dua lagi cedera kereta bertembung dekat Temerloh - Utusan Malaysia

Dua maut, dua lagi cedera kereta bertembung dekat Temerloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 15 Mac – Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki bertembung dalam kemalangan di Kilometer 145 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di Temerloh, dekat sini malam tadi.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu ialah Liew Kwong Fai, 42, yang memandu kereta jenis Nissan Almera dan pemandu kereta Proton Iswara, Hairol Asyraf Mohammad, 23.

Kedua-dua mereka yang cedera di bahagian kepala dan dada disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penumpang hadapan kereta Proton Iswara, Sufi Salihin Mohd. Puad Norasid, 17, pula cedera di bahagian perut dan kepala manakala seorang lagi rakannya yang duduk di bahagian kerusi penumpang belakang, N. Kesavan, 18, mengalami luka di bahagian muka serta kaki sebelah kanan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, kemalangan berlaku ketika Kwong Fai memandu seorang diri dari arah Kuala Lumpur menghala ke Mentakab.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta dipandu Kwong Fai dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Proton Iswara yang dinaiki Hairol Asyraf bersama dua penumpang.

“Kedua-dua pemandu kenderaan itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua penumpang kereta Proton Iswara dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini