KULAI – Dua lelaki termasuk seorang warga Pakistan selepas disyaki mencuri mesin pengisar (grinder) ditahan polis di Flat Cengat, Taman Putri di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek masing-masing berusia 36 tahun itu diberkas pada pukul 12.10 tengah malam.
“Bertindak atas maklumat, pada kira-kira pada pukul 12.10 tengah malam tadi, sepasukan anggota dari Balai Polis Kulai membuat serbuan dan tangkapan ke atas suspek berkenaan.
“Hasil siasatan awal, suspek mengaku mencuri dua mesin pengisar di Taman Lagenda Putra di sini,” katanya.
Beng Yeow berkata, pihaknya turut merampas satu beg, dua mesin pengisar dan sebuah telefon bimbit.
Katanya, kedua-dua suspek bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk siasatan lanjut.
“Suspek warga tempayan mempunyai dua rekod lampau bagi Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama,” katanya.
Menurut Tok, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan termasuk bagi mengenal pasti motif kecurian. – K! ONLINE.










