Dua lagi suspek samun bermotosikal ditahan polis - Utusan Malaysia

Dua lagi suspek samun bermotosikal ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Polis berjaya menahan dua lagi suspek menjadikan jumlah keseluruhan empat individu yang terlibat dalam kejadian samun bermotosikal di sekitar negeri ini, baru-baru ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, tangkapan dua lagi suspek itu dilakukan kelmarin hasil siasatan terhadap dua rakan suspek yang ditahan sebelum ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci tangkapan itu.

“Hasil siasatan terhadap dua lelaki yang ditahan terlebih dahulu mendapati mereka terlibat dalam kes itu.

“Keempat-empat suspek yang ditahan berusia 20 hingga 30-an,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau menambah, siasatan lanjut masih dijalankan sama ada kumpulan suspek ini terlibat dalam kegiatan samun di kawasan lain selain Selangor.

Jelas Noor Azam, polis kini sedang memburu saki baki suspek terlibat dan percaya kes itu berjaya diselesaikan dalam terdekat.

Sebelum ini media melaporkan, tiga kes samun dan cubaan samun dilaporkan berlaku di Klang, Kuala Langat dan Puchong membabitkan antara enam hingga lapan lelaki menaiki motosikal yang bersenjatakan parang dengan mencari sasaran yang berada di perkarangan rumah di kawasan sunyi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN