Dua kilang ditutup serta-merta - Utusan Malaysia

Dua kilang ditutup serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 12 Mac – Dua buah kilang yang diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri dan pihak berkuasa di sini dan sebuah lagi di Kulai sudah diarahkan ditutup serta-merta.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, sebuah kilang mem­proses barangan lusuh di sini ditutup semalam mana­kala kilang mem­proses bahan kimia di Kulai ditutup kel­marin.

“Penutupan kedua-dua kilang tersebut adalah untuk sementara sehingga siasatan selesai,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, tiga lelaki terdiri daripada dua pemilik kilang dan seorang pekerja ditahan selepas disyaki terlibat dengan insiden pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim pada Khamis lalu. Ketiga-tiga suspek berusia antara 40-an hingga 50-an itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kulai dan di Taman Pasir Putih di sini.

Sementara itu, Pengarah JAS negeri, Datuk Dr. Mohammad Ezzani Mat Salleh berkata, pihaknya sudah selesai mengambil dan merekodkan keterangan daripada tiga suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembuangan sisa kimia di Sungai Sim Sim.

Mohammad Ezzani berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan petang kelmarin dan tengah hari semalam masing-masing berusia antara 40 hingga 50 tahun.

“Hari ini kita telah selesai mengambil dan merekodkan keterangan ketiga-tiga suspek. Suspek terdiri daripada pemilik sebuah kilang kimia, kilang barang lusuh dan pekerjanya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini