JAKARTA 5 Mac – Parti Demokratik (DPP) menghormati proses undang-undang yang dijalankan oleh polis terhadap salah seorang anggota parti berkenaan, Andi Arief selepas didakwa terbabit dengan dadah.
Anggota politik DPP, Andi ditahan atas dakwaan terbabit dengan kegiatan dadah di sebuah hotel di Slipi, Jakarta Barat pada Ahad lalu.
“Kami menghormati proses undang-undang dijalankan oleh polis. Kami mengikuti perkembangan Andi setiap saat, setiap jam,” kata Ketua Divisyen Advokasi dan Bantuan Undang-undang DPP, Ferdinand Hutahaen ketika sidang media di Jakarta semalam.
Dalam pada itu, Ketua Divisyen Perhubungan Awam Ibu Pejabat, Inspektor Jeneral Mohammad Iqbal seperti dipetik oleh portal Republika.co.id sebagai berkata, pihaknya mengesahkan Andi positif dadah.











