WASHINGTON 11 Mac- Amerika Syarikat (AS) membayangkan akan ada satu lagi pertemuan antara Presiden AS, Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un setelah sidang kemuncak mengenai program nuklear Pyongyang yang diadakan di Hanoi, Vietnam, baru-baru berakhir tanpa sebarang perjanjian, lapor Reuters.
ANDREA THOMPSON
“Setiausaha dan Presiden sangat jelas mengenai pertemuan untuk mengadakan dialog terbuka itu, tetapi mereka masih belum mendapat tarikh. Kami terus bekerja ke arah itu,” kata Setiausaha Kawalan Senjata dan Keselamatan Antarabangsa AS, Andrea Thompson ketika menyampaikan ucapan di sebuah persidangan nuklear di sini hari ini. -AGENSI
Berita berkaitan:











