Doktor keluarkan 38 objek besi dalam perut lelaki - Utusan Malaysia

Doktor keluarkan 38 objek besi dalam perut lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHENNAI – Sepasukan pakar bedah di sini mengeluarkan hampir 40 objek besi termasuk anak kunci, duit syiling dan kad nombor pengenalan peribadi (SIM) daripada perut seorang lelaki baru-baru ini.

Pakar bedah Hospital Besar Rajiv Gandhi, Dr. A. R. Venkateswaran berkata, pihaknya turut menemui sejumlah pengasah pencil serta magnet, objek paling banyak antara 38 barangan logam tersebut.

“Sekiranya objek-objek berkenaan tidak dikeluarkan dalam masa terdekat, pesakit mungkin akan mengalami komplikasi seperti pendarahan usus,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pesakit itu yang dikenali sebagai Jayakumar, 52, dipercayai mengalami masalah mental. Dia mengadu sakit perut, manakala imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) dan pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer lewat bulan Februari lalu menunjukkan terdapat banyak objek asing di dalam perutnya.

Lelaki itu menjalani dua pembedahan yang setiap satunya mengambil masa 45 minit untuk mengeluarkan semua objek asing itu.

Pasukan doktor mengeluarkan 22 objek besi pada hari pertama dan selebihnya pada hari kedua. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini