Ditetak gara-gara mesra dengan isteri orang - Utusan Malaysia

Ditetak gara-gara mesra dengan isteri orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR 9 Mac – Gara-gara mempunyai hubungan rapat dengan isteri orang, seorang lelaki parah dirempuh dengan sebuah motosikal sebelum ditetak dengan parang di bahagian belakang leher dan kepalanya, semalam.

Kejadian berlaku di persimpangan jalan Taman Kurau Indah, Kuala Kurau di sini kira-kira pukul 7 malam, menyebabkan lelaki berusia 37 tahun itu cedera parah sebelum dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk menerima rawatan.

Difahamkan, sewaktu kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan untuk melihat kambing ternakannya sebelum terse­rempak dengan suspek berusia 30-an.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintenden Sanusi Salleh berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai adalah sepupu kepada isteri suspek dan kedua-duanya pernah dilihat menaiki motosikal bersama.

“Dalam kejadian itu, dipercayai berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa sebelum suspek bertindak merampas parang mangsa dan menetaknya di bahagian belakang leher dan kepala.

“Suspek kemudian melarikan diri dan meninggalkan mangsa di lokasi bersama parang sepanjang kira-kira 0.4 meter yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya ketika di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, polis sedang memburu suspek yang dikenali sebagai Syafiq bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini