Diskaun hingga 50 peratus lawat Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Diskaun hingga 50 peratus lawat Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Sembilan bakal menawarkan diskaun sehingga 50 peratus kepada pelancong yang ingin melawat negeri tersebut pada Misi Jualan dan Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Jurucakap Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Noor Hairunnisa Mohamad berkata, kempen tersebut akan berlangsung selama tiga hari bermula esok.

Katanya, seramai tujuh juta pelancong telah melawat Negeri Sembilan sepanjang tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Daripada jumlah itu, sebanyak 70 peratus pelancong datang ke Port Dickson yang menyediakan hampir 80 peratus jumlah hotel dari yang bertaraf lima bintang hingga bajet,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, selain Port Dickson, daerah lain seperti Seremban, Jelebu dan Kuala Pilah juga turut sama menawarkan pakej-pakej pelancongan pada Matta Fair kali ini.

Menurut Noor Hairunnisa, Port Dickson menjadi penjana aktiviti pelancongan utama di Negeri Sembilan dan turut membawa limpahan ekonomi ke daerah-daerah lain di Negeri Sembilan.

“Kita mengumpulkan lebih kurang 16 pempamer yang terlibat dalam MATTA Fair di PWTC tahun ini yang terdiri daripada agensi pelancongan, produk pelancongan, hotel dan resort.

“Objektif sebenar ialah untuk menggalakkan semua agensi pelancongan yang terlibat menumpukan tiga hari pameran mempromosikan produk pelancongan mereka secara terus kepada bakal pelancong yang hadir ke program ini,” katanya.

Ujar Noor Hairunnisa, Negeri Sembilan adalah lokasi yang paling strategik untuk pelancong kerana kedudukannya yang hampir dengan Lembah Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini