Denggi: 107 kes baharu dicatatkan di Kelantan - Utusan Malaysia

Denggi: 107 kes baharu dicatatkan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Kelantan mencatatkan 107 kes demam denggi  sepanjang minggu ke 9, menjadikan jumlah keseluruhan 805 kes dengan dua kematian akibat denggi sepanjang dua bulan pertama tahun ini.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Zaini Hussin jumlah itu menunjukkan peningkatan 618 kes (330.5 peratus) untuk tempoh masa sama tahun lepas.

Katanya, Kelantan turut mencatatkan dua kes terbaru chikungunya sepanjang minggu ke 9 iaitu masing-masing satu di Lorong Masjid Lundang, Kubang Krian dan Jalan Embi di Kota Bharu menjadikan 20 kes demam chikungunya sepanjang tempoh dua bulan ini berbanding 33 kes untuk tempoh sama tahun lepas.

“Sepanjang minggu ke 9 hingga 2 Mac, sebanyak 59 lokaliti wabak denggi dilaporkan berbanding tujuh lokaliti wabak denggi pada tempoh sama tahun sebelumnya dengan 22 daripadanya masih aktif ,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Zaini berkata, pihaknya telah melakukan pemeriksaan di 76,021 premis dengan 2,988 premis mempunyai pembiakan jentik-jentik.

“Pihak jabatan telah mengeluarkan 465 kompaun yang dicadangkan dengan nilai RM232,500 di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan 182 Notis Seksyen 8 dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi menjadi pembiakan aedes,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN