SABAK BERNAM 8 Mac – Melakukan pelbagai kerja kampung bukan penghalang buat Amirul Muzaini mencari rezeki bagi meringankan beban keluarganya yang tinggal di Sekinchan di sini. Pelbagai pekerjaan dibuat anak muda berusia 22 tahun itu dengan melakukan kerja-kerja kampung seperti menjaga kebun, mengutip buah serta menjaga lembu. Bagaimanapun Amirul menambah pekerjaan baharu iaitu mengumpul jerami menggunakan mesin traktor khas di kawasan sawah padi. Katanya, pekerjaan yang dilakukan sejak dua tahun…










