Debaran empat import - Utusan Malaysia

Debaran empat import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mac – Itulah situasi yang dihadapi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) beberapa jam menjelang final Piala TNB menentang Pasukan Hoki Terengganu (THT) di Stadium Tun Razak esok.

Empat pemain import mereka mungkin terpaksa memikul kit dalam keadaan bersiap sedia di tepi padang sementara me­nunggu lampu hijau Persekutuan Hoki Eropah (EHF) sama ada dibenarkan bermain dalam perlawanan itu.

Semalam, UniKL mengemukakan rayuan kepada EHF untuk membenarkan Robbert Kemperman, Valentin Verga, Martijn Havenga (Belanda) serta penjaga gol, David Harte (Ireland) ber­aksi dalam final Piala TNB selepas kontrak mereka bersama Liga Hoki Eropah melarang ke­semua pemain beraksi bermula 1 Mac.

Memuatkan artikel berkaitan…

Andai rayuan diterima, empat pemain itu boleh me­nyarung jersi UniKL, sebaliknya jika EHF bertegas maka Kemperman, Verga, Havenga dan Harte hanya mampu penonton ditemani kit masing-masing.

“Setakat ini, kami belum mene­rima respons EHF, harap ada be­rita positif dalam tempoh 24 jam.

“Kami akan meminta semua pemain ini bersiap sedia, namun jika rayuan ditolak kami tetap bersedia menghadapi cabaran tanpa mereka,” kata Ketua Jurulatih UniKL, Arul Selvaraj dalam sidang akhbar di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Setiap pasukan dibenarkan menghantar senarai akhir nama pemain lima minit sebelum perlawanan, dan itu bermakna UniKL yang turun sebagai juara bertahan mempunyai sehingga pukul 4.55 petang esok untuk mengetahui nasib mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN