TEMERLOH 17 Mac – Cuaca panas berterusan sehingga menyebabkan Sungai Pahang semakin cetek meresahkan penternak ikan patin dalam sangkar di daerah ini yang terpaksa menanggung kerugian akibat ternakan mati setiap hari. Tinjauan Utusan Malaysia di Kampung Pangsenam di sini hari ini mendapati, banyak sangkar ikan ‘terangkat’ dan berada di atas tanah malah ada antara sangkar telah kering. Seorang penternak ikan patin, Mohamad Rohaidi Ramli,38, berkata, keadaan air yang cetek menyebabkan…









