SHAH ALAM – Dua tertuduh juvana dalam kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle Fund), Nazrin Hassan, dibebaskan dengan jaminan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Hakim, Datuk Ab. Karim Ab. Rahman ketika membenarkan permohonan jaminan itu memutuskan bahawa kedua-dua remaja itu dikenakan wang jaminan sebanyak RM50,000 seorang. Dalam penghakimannya, katanya, pemberian jaminan dalam kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh boleh diberikan atas…










