COO Felcra tengking pekerja: Dibincangkan esok - Utusan Malaysia

COO Felcra tengking pekerja: Dibincangkan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mac – Felcra Bhd (Felcra) akan membincangkan rakaman video yang tular membabitkan Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Khairi Mahamor ‘menengking’ beberapa kakitangan agensi itu di sebuah ladang kelapa sawit, dalam mesyuarat lembaga pengarah esok.

Pengerusinya, Datuk Nageeb Wahab bagaimanapun menyifatkan, tindakan menengking itu sebagai norma bagi mereka yang sudah biasa bekerja di ladang.

Beliau malah menganggap isu tersebut bukan perkara yang serius.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami setuju beliau (Mohd Khairi) mungkin dalam keghairahan untuk melakukan perubahan dan telah bertindak sedemikian namun tiada perkataan yang tidak sopan digunakan.

“Beliau hanya menengking kakitangan tersebut. Kalau tanya saya, tiada isu pun. Bagaimanapun, kami akan lakukan siasatan dalaman. Esok ada mesyuarat Lembaga Pengarah jadi kita akan buat keputusan tentang perkara ini. 

“Berterus terang saya cakap kalau anda biasa kerja di ladang, ini adalah norma. Mungkin cara dia itu diterima berbeza. Tetapi apa pun, kami tidak menyatakan kami adalah betul,” katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar berkaitan Strategic Way Forward Hadapi Kempen Anti Sawit oleh Negara-Negara Kesatuan Eropah di sini hari ini.

Semalam, sebuah klip video berdurasi satu minit tular di laman media sosial memaparkan Mohd. Khairi menengking kakitangan Felcra sewaktu melawat sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Batu, Pahang baru-baru ini.

Dalam klip video tersebut, Mohd. Khairi dilihat meluahkan kemarahannya kepada kakitangan agensi itu kerana tidak mendengar arahan.

Video itu yang dimuat naik dalam laman Facebook dan Twitter menerima pelbagai reaksi daripada netizen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini