City yakin benam Tottenham - Utusan Malaysia

City yakin benam Tottenham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 15 Mac – Pengarah Sukan Manchester City, Txiki Begiristain yakin pendahulu Liga Perdana Inggeris itu mampu menyingkirkan Tottenham dalam suku akhir Liga Juara-Juara.

Skuad bimbingan Pep Guardiola yang mara ke suku akhir selepas membelasah kelab Jerman, Schalke 04 menerusi agregat 10-2 akan bertandang ke Tottenham pada aksi pertama, 9 April sebelum menerima kunjungan Spurs dalam perlawanan penentuan pada 17 April.

“Kami sangat yakin. Kami beraksi baik dan mengharungi musim yang bagus. Kami kini berada pada landasan terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keyakinan tinggi mengiringi pasukan ini, namun kita semua tahu Tottenham mampu memberi masalah…Kami beraksi (suku akhir) menentang Liverpool musim lalu dan gagal meneruskan kemaraan. Harap kali ini tuah menyebelahi pasukan,” kata Begiristain.

Menurut Begiristain, kesemua lapan pasukan yang ada dalam suku akhir merupakan calon utama untuk merangkul kejuaraan musim ini.

“Ajax menyingkirkan Real Madrid, Porto melakukan perkara sama ke atas AS Roma, jadi semua orang adalah calon (juara).

“Kami harus memberi tumpuan penuh. Tiada ruang untuk melakukan kesilapan kerana dalam Liga Juara-Juara, satu kesilapan anda akan dihukum,” katanya lagi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini