Cinta bukan milik saya – Syanie - Utusan Malaysia

Cinta bukan milik saya – Syanie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pengalaman lalu banyak mengajar kita tentang realiti sebenar kehidupan. 

Apa yang manis kita simpan dalam memori indah manakala yang pahit pula dijadikan pengajaran untuk menjadi lebih matang.

Mahu atau tidak, pengalaman pahit sebenarnya banyak ‘berjasa’ kepada diri kita walaupun ia pedih untuk dikenang. Dalam masa yang sama, pastinya ada hikmah yang tersembunyi pada setiap yang terjadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Reda, pasrah dan sentiasa positif, itulah gambaran yang tepat buat pelakon bersaiz besar Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham, 45, setelah dua kali gagal dalam perkahwinan.   

Bagi Syanie, perpisahan dengan suami pertama pada 2002 dan suami kedua pula pada 2015 sudah cukup membuatkannya berasa serik untuk berkahwin lagi. 

“Pengalaman berkahwin dan bercerai banyak mematangkan saya untuk menjadi insan yang lebih baik dan menghargai apa yang ada di sekeliling saya. Apa yang paling terkesan, pengalaman ini mengajar saya apa itu erti cinta yang sebenar. 

“Tipulah kalau saya cakap tidak kecewa dengan perceraian yang berlaku. Siapa yang mahu rumah tangga mereka hancur?  

“Saya reda dengan kegagalan ini. Rasanya dua kali berkahwin sudah cukup dan saya tak mahu memikirkan hal nikah kahwin dan jodoh lagi.  Sudah cukuplah apa yang saya lalui sebelum ini,” luah Syanie. 

Bagaimanapun, Syanie mengakui seronok melihat percintaan dan perkahwinan rakan-rakan lain yang bahagia.  

“Sejujurnya saya percaya pada cinta. Cinta itu memang indah, tetapi saya perlu terima hakikat yang cinta itu bukan milik saya. Mungkin orang lain bahagia dengan cinta seorang lelaki tetapi saya bukan tergolong dalam wanita yang bahagia itu. 

“Biarlah saya tidak bercinta dengan lelaki lagi asalkan saya masih ada ibu yang perlu dijaga. Ibu segala-galanya sekarang,” kata anak kepada produser Ruhanie Abdul Rahman ini. 

Malah kata Syanie, dia sudah lama melupakan pengalaman dengan bekas suami  dan gembira menjalani kehidupan ketika ini. 

Syanie cuba menjadikan dirinya seorang yang positif. Baginya, kebahagiaan itu bukan hanya terletak kepada perkahwinan tetapi bagaimana kita menjalani hidup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini