BEIJING 2 Mac – China menyatakan kemarahan dan kekecewaan keputusan Kanada meneruskan ekstradisi eksekutif Huawei, Meng Wanzhou hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kementerian Luarnya di Beijing dan Kedutaan China di Ottawa mengeluarkan kenyataan tegas selepas kenyataan dibuat Kanada yang menjalankan proses ekstradisi berkenaan.
Menurutnya, China menentang keras keputusan Kanada meneruskan apa dikatakan ekstradisi Meng Wanzhou dan secara rasmi.
“Ia merupakan insiden politik serius. Kita sekali lagi mendesak Amerika Syarikat (AS) membatalkan permintaan ekstradisi Wanzhou.
“Kita meminta Kanada membebaskan beliau secepat mungkin,” katanya.











