BEIJING 22 Mac – Kementerian Luar China membuat bantahan diplomatik terhadap Amerika Syarikat (AS) selepas Washington mengenakan sekatan terhadap dua syarikat perkapalan yang melakukan perniagaan bersama Korea Utara hari ini.
Beijing menyatakan mereka sentiasa meminta semua resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Korea Utara selepas Jabatan Perbendaharaan AS memasukkan dua syarikat itu dalam senarai berkenaan.
Syarikat tersebut ialah Dalian Haibo International Freight Co. Ltd. kerana menghantar kargo dari Pelabuhan Dalian, China ke Korea Utara bagi pihak Paeksol Trading Corporation yang dahulu menjual logam dan arang bagi Pyongyang.
Memuatkan artikel berkaitan…











