SAUDARA PENGARANG,SAYA, Azreen Shah Mohd. Dasuki, 38, ingin mencari isteri, Azlina Alias, 39, yang terpisah sejak kira-kira 15 tahun lalu. Kali terakhir kami menetap bersama adalah di TS 3153, Mukim 18, Simpang Tiga, Kubang Ulu, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tujuan saya mencari Azlina adalah untuk memaklumkannya supaya hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 21 Mac ini bagi perbicaraan pembubaran nikah. AZREEN SHAH Kuala Lumpur










