SYDNEY 29 Mac – Penjaring terbanyak sepanjang zaman Australia, Tim Cahill mengumumkan persaraannya hari ini, sekali gus menokhtahkan perjalanan kariernya dengan gelaran pemain bola sepak terhebat di negaranya. Cahill, 39 yang meledak 50 gol sepanjang 108 penampilan untuk skuad Socceroos dan bermain dalam empat edisi Piala Dunia berkata, dia tidak berhasrat mengintai kontrak baharu susulan hampir tamat tempoh perjajiannya bersama kelab dari Liga Super India, Jamshedpur. Bekas penyerang Everton dan…










