Butik Threka buka cawangan di Kelantan - Utusan Malaysia

Butik Threka buka cawangan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 23 Mac – Peminat pakaian muslimah keluaran Butik Threka kini berpeluang mendapatkan rekaan terbaharu butik itu secara terus menerusi pembukaan cawangannya yang pertama di negeri ini yang terletak di Jalan Bayam berhampiran Oxford Language Centre, di sini.

Butik diasaskan seorang usahawan wanita tempatan itu bukan sahaja menawarkan koleksi pakaian muslimah seperti blouse dan jubah terkini, malah menawarkan ruang lapang untuk para pelanggan membeli-belah dalam suasana santai dan selesa.

Pemiliknya, Fatin Liana Mohd. Suhaimi berkata, dengan pembukaan cawangan terbaharu itu pelanggan di negeri ini tidak lagi berdepan kesukaran untuk mendapatkan pakaian rekaan terkini keluaran Butik Threka secara terus.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, butik itu menawarkan koleksi pakaian wanita dewasa dan kanak-kanak serta tudung pelbagai rekaan serta pilihan warna menarik dengan harga mampu milik bermula RM100.

“Ini pembukaan cawangan kedua selepas kami bermula di Padang Jawa, Shah Alam Selangor hampir setahun lalu. Dulu kami dikenali dengan nama Zawara namun dijenamakan semula menjadi Butik Threka.

“Antara keistimewaan produk kami ialah berkualiti tinggi kerana dijahit sendiri oleh pereka fesyen di butik. Kami juga bersedia menerima tempahan menjahit baju mengikut kehendak serta cita rasa pelanggan sendiri,” katanya ketika perasmian butik tersebut di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, pengunjung berpeluang mengikuti demonstrasi bersolek dan cabutan bertuah kepada pelanggan selain berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan duta Butik Treka iaitu pelakon jelita Nonny Nadirah.

Fatin Liana dalam pada itu berkata, sempena pembukaan cawangan baharu, para pelanggan bakal menerima sehelai tudung percuma dengan setiap pembelian sehelai pakaian.

“Kami juga turut menawarkan perkhidmatan penghantaran (COD) kepada pelanggan yang tinggal di sekitar bandar ini selain menerima tempahan secara online,” ujarnya.

Sebarang maklumat lanjut mengenai Butik Threka, orang ramai boleh melayari Facebook dan Instagram @threkaKB. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini