DUNGUN – Seorang buruh maut selepas motosikal Honda EX5 yang ditunggangi dirempuh sebuah lori di Kilometer 24, Jalan Tok Kah – Jerangau berhampiran Kampung Pasir Lawang dekat sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, Wan Hussin Wan Hassan, 55, meninggal dunia dalam perjalanan untuk mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Jerangau dekat sini akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah…










