LAHAD DATU 11 Mac – Seorang buruh warga emas maut selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika melintas jalan untuk ke tempat kerja dalam kejadian langgar lari di Kilometer 12, Jalan Lahad Datu-Tawau, dekat sini hari ini. Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, mangsa, Mardasin Jaman, 63, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di seluruh badan. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, semasa kejadian, mangsa sedang melintas jalan ke tempat kerja di sebuah gudang baja apabila dirempuh oleh sebuah kenderaan. “Semasa mangsa melintas dari arah bahu kiri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya