Buruh binaan warga Indonesia dituduh sebabkan kematian rakan 18 tahun lalu - Utusan Malaysia

Buruh binaan warga Indonesia dituduh sebabkan kematian rakan 18 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 11 Mac – Seorang buruh binaan warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan senegaranya di sebuah tapak projek pembinaan di Seri Iskandar, 18 tahun lalu.

Niwar Ali, 50, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut kertas pertuduhan, Niwar yang memiliki kad pemastautin tetap (PR) didakwa menyebabkan kematian Rebin Sumadi Suwoko di hadapan kedai runcit di tapak projek Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah pada pukul 1.25 pagi, 14 April 2001.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sally Chay Mei Ling manakala tertuduh diwakili peguam K. Nahtan.

Mahkamah menetapkan 10 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini