Bursa Malaysia diniagakan rendah - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia diniagakan rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mac – Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan rendah 0.08 peratus disebabkan tiada peserta pasaran dalam dagangan awal.

Pada 9.05 pagi, indeks susut 1.35 mata kepada 1,648.59 daripada 1,649.94 semasa ditutup pada Selasa. Ia dibuka rendah 0.77 mata kepada 1,649.17 pagi ini.

Di pasaran lebih luas, bagaimanapun, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 133 berbanding 66, manakala 159 kaunter kekal tidak berubah, 1,898 tidak diniagakan dan 86 yang lain digantung.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jumlah dagangan sebanyak 133.8 juta saham bernilai RM63.69 juta. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini