KUALA LUMPUR – Saham di Bursa Malaysia tinggi pada sesi awal dagangan hari ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif. Pada pukul 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.91 mata kepada 1,648.24 daripada 1,641.33 ketika ditutup pada Khamis. Indeks itu dibuka 7.03 mata lebih tinggi kepada 1,648.36. Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 164 berbanding 68, manakala 154 kaunter tidak berubah, 1,531 kaunter…










