KUALA LUMPUR 15 Mac – Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur dalam keadaan prestasi pasaran saham serantau yang kukuh dan penurunan di Wall Street semalaman. Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.36 mata daripada paras penutup 1,674.52 pada Khamis. Indeks itu dibuka naik 0.07 mata kepada 1,674.59 mata. Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 149 berbanding 91, manakala 186 kaunter kekal tidak berubah,…










