Bukan urusan kamu - Qatar - Utusan Malaysia

Bukan urusan kamu – Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA – Qatar meminta musuhnya, Arab Saudi agar tidak mencampuri urusan mereka berhubung potensi pembelian senjata dari Rusia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berhubung urusan jual beli senjata oleh Qatar dengan Rusia, kami percaya bahawa Arab Saudi atau mana-mana negara lain, itu bukan urusan kamu,” kata Menteri Luar, Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani pada satu sidang akhbar di Doha hari ini. 

“Ini adalah keputusan kedaulatan yang harus diambil Qatar,” katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan pembelian senjata S-400, iaitu satu sistem persenjataan antipesawat buatan Rusia.

Beliau menyatakan perbincangan berhubung proses pembelian itu masih diadakan.

Raja Arab Saudi, Raja Salman pada tahun lalu meluahkan kebimbangan Riyadh berhubung kemungkinan perjanjian pembelian senjata S-400 dalam sepucuk surat kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan mengancam mengambil tindakan ketenteraan jika Qatar meneruskan pembelian itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN