PELUMBA terbaik negara, Hafizh Syahrin Abdulllah tidak tertekan mengenai prestasinya pada perlumbaan pembuka tirai Grand Prix (GP) Qatar bagi Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sebaliknya menganggap ia merupakan cabaran untuknya menawan karakter liar jentera KTM musim ini. Hafizh yang mewakili pasukan Red Bull KTM Tech3 mengakui masih bergelut mendapatkan keserasian ketika menunggang jentera buatan Austria itu sekali gus menyebabkan dia ketinggalan di tempat tercorot dengan masa 43 minit 20.144 saat ketika…










