Bukan masanya cari, salahkan pihak lain - Yeo Bee Yin - Utusan Malaysia

Bukan masanya cari, salahkan pihak lain – Yeo Bee Yin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Fokus utama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ketika ini adalah membersihkan Sungai Kim Kim supaya bebas daripada semua sebatian kimia berbahaya.

YEO BEE YIN
YEO BEE YIN 

Menterinya, Yeo Bee Yin berkata, langkah itu perlu dilakukan dengan kerjasama pelbagai agensi lain dan bukannya masanya untuk mencari atau menyalahkan mana-mana pihak.

Jelas beliau, proses pembersihan sungai itu perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati supaya reaksi daripada operasi mengeluarkan bahan kimia di situ tidak memburukkan lagi pencemaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita kena korek sungai itu untuk keluarkan sisa bahan kimia tapi dalam proses tersebut ada sebatian kimia yang akan bertukar menjadi gas apabila ia terdedah pada udara. Jadi kadar pengorekan itu perlu dikawal.

“Kontraktor yang dilantik untuk melakukan kerja-kerja itu akan meletakkan air apabila vaporise (pengewapan) berlaku bagi mengawal.

“Pegawai Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang memantau menggunakan alat pengesan gas untuk hentikan kadar pengewapan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, berlaku kelewatan tindakan di peringkat awal menyebabkan keadaan berulang.

Mengulas lanjut Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Bakri berkata, operasi pembersihan sungai itu sudah memasuki fasa kedua dan menyasarkan proses tersebut selesai dalam tempoh tujuh hari.

Kata beliau, buat masa ini Kerajaan Negeri Johor telah melantik satu kontraktor bagi menjalankan operasi pembersihan tersebut dan bakal melantik dua lagi.

“Saya sudah minta Jabatan Alam Sekitar untuk tambah satu lagi kontraktor, maka akan ada empat kontraktor yang akan membersihkan sungai tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini