Budak Bukit FC naib johan Piala Super PPTD 2018/2019 - Utusan Malaysia

Budak Bukit FC naib johan Piala Super PPTD 2018/2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA – Pasukan Budak Bukit FC muncul naib juara Piala Super Liga Bola Sepak Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) 2018/2019 selepas tewas tipis 0-1 kepada pasukan Poron Setar dalam perlawanan final yang berlangsung di Cyberjaya, semalam.

Pengurus pasukan, Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud menjelaskan meskipun tewas pada aksi final tersebut, ia tetap tidak mematahkan semangat pasukan yang dianggotai oleh pegawai-pegawai daripada Kementerian Luar Negeri itu untuk memburu trofi berkenaan pada saingan musim depan.

“Kekalahan ini merupakan satu pengalaman yang berguna untuk kami supaya tampil lebih baik pada musim depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Meskipun tewas di final, namun ia tetap menjadi satu kepuasan buat semua pemain pasukan ini kerana ia satu pencapaian yang dijangka daripada kami,” jelas Nik Muhammad Nasyron hari ini.

Sebagai naib juara, Budak Bukit FC membawa pulang trofi dan pingat serta hadiah wang RM1,000.

Sebanyak 14 pasukan daripada pelbagai kementerian menyertai kejohanan tersebut yang berlangsung selama enam bulan dengan format dua kumpulan.

Dianjurkan oleh PPTD buat kali pertama tahun ini, objektif kejohanan ini adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan kerajaan di pelbagai peringkat selain mencungkil bakat-bakat baharu serta merapatkan hubungan sesama mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini