KUALA LUMPUR 26 Mac – Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan kerjasama Gibraltar BSN Life Berhad (Gibraltar BSN) melancarkan produk insurans baharu, Qaseh yang menawarkan perlindungan mudah, mampu dimiliki dan pelbagai kepada para pelanggannya merangkumi penyakit kritikal, hospital, simpanan serta pendidikan. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BSN, Datuk Yunos Abd. Ghani berkata, siri Qaseh mengandungi empat produk insurans utama iaitu Hayat, Sihat, Dana dan Didik. Menurut beliau, Qaseh Dana merupakan pelan penyimpanan…










