LONDON 8 Mac – Britain melanjutkan perlindungan diplomatik terhadap Nazanin Zaghari-Ratcliffe, wanita berketurunan British dan Iran yang kini masih dipenjarakan di Tehran. Nazanin, 41, bersama anaknya berkunjung ke Iran untuk melawat keluarganya sebelum ditahan penguatkuasa negara tersebut di Lapangan Terbang Tehran pada Januari 2016. Britain menyifatkan tindakannya sebagai ‘mesej jelas’ kepada Tehran yang sehingga kini enggan membebaskan wanita itu. Insiden penahanan wanita tersebut dirakam pengawal keselamatan yang ketika itu bertugas…










