BPN Prabowo tidak percaya tinjauan luar - Utusan Malaysia

BPN Prabowo tidak percaya tinjauan luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 12 Mac – Badan Pemenangan Nasional (BPN) Prabowo Subianto-Sandiaga Uno mendakwa pihaknya sukar mempercayai hasil tinjauan yang dibuat beberapa badan tinjauan berhubung sokongan calon bertanding dalam pilihan raya umum (pemilu) dan pilihan raya Presiden (pilpres) 2019.

Lapor Tribunnews.com, jurucakap BPN, Ferdinand Hutahaean berkata, buat masa ini pihaknya sukar mempercayai sebarang keputusan badan tinjauan kerana mempunyai badan tinjauan sendiri.

Katanya, ini adalah kerana, ha­sil tinjauan yang disiarkan badan terbabit jauh berbeza dengan keadaan sebenar di lapangan yang dibuat melalui tinjauan dalaman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi kami buat masa ini agar sukar untuk mempercayai hasil tinjauan, kerana bagi kami hasil yang dikeluarkan itu jauh berbeza dengan realiti di lapa­ngan,” kata jurucakap BPN, Ferdinand Hutahaean, semalam.

Menurut Ferdinand, kempen Jokowi-Ma’ruf tidak wajar dikatakan cemerlang ketika kempen Prabowo-Sandiaga menerima sokongan yang lebih padu daripada rakyat, malah ada di antara badan tinjauan itu tidak mendedahkan penyumbang kepada penyelidikan terbabit.

“Disebabkan itu, kami tidak boleh mempercayai hasil tinjauan tersebut apabila badan tinjauan tidak mendedahkan siapa penyumbang dan data tinjauan berkenaan kerana ini sangat penting sekali,” katanya.

Beliau mengulas hasil tinjauan daripada Saiful Mujani Research & Consulting (SMRC) yang mendapati kebarangkalian calon Presiden nombor satu, Joko Widodo-Ma’ruf Amin dengan Prabowo-Sandiaga adalah terikat sebanyak 22.8 peratus.

“Sekiranya Jokowi diberikan 100 peratus markahpun tiada masalah, kami akan terus bekerja seperti biasa, kami juga mempunyai hasil tinjauan sendiri.

“Kami yakin kedudukan kebarangkalian dipi­lih antara Prabowo dan Jokowi sangat hampir dan belum boleh ditentukan siapa akan memenangi pilpres,” jelas Ferdinand.

Dalam perkembangan berlainan, calon wakil presiden (cawapres) nombor dua, Sandiaga bakal menyentuh isu kebajikan doktor dan ahli farmasi semasa debat ketiga antara cawapres, Ahad ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini