Bomba tingkat siap siaga hadapi kebakaran hutan - Utusan Malaysia

Bomba tingkat siap siaga hadapi kebakaran hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan kebakaran hutan dan tanah gambut berikutan cuaca panas dan kering yang melanda negara ketika ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Hamdan Wahid berkata, kekuatan anggota dan keperluan logisitik di beberapa negeri yang dikenal pasti sering berlaku kebakaran telah ditambah selain cuti anggotanya dihadkan untuk perkara tertentu sahaja.

“Semua balai bomba yang berdekatan dengan kawasan-kawasan berisiko telah dibekalkan dengan peralatan dan kelengkapan yang bersesuaian bagi menangani kes kebakaran,” katanya dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan JBPM di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, kelengkapan alat pemadaman kebakaran hutan yang mudah dibawa serta berkuasa tinggi telah diletakkan di balai tertentu untuk dikerahkan ke tempat kebakaran, selain hos dengan muncung khas yang boleh menembusi tanah-tanah gambut untuk kerja pemadaman kebakaran bawah tanah yang lebih berkesan.

Mohamad Hamdan berkata, helikopter juga telah disediakan di pangkalan udara di Subang, Selangor; Bertam, Pulau Pinang; serta Miri, Sarawak, sekiranya kaedah pemadaman bom air diperlukan untuk mengawal kebakaran. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini