Bomba terjun parit keluarkan lembu 300kg - Utusan Malaysia

Bomba terjun parit keluarkan lembu 300kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan terpaksa terjun ke dalam parit berlumpur bagi mengeluarkan seekor lembu seberat 300 kilogram (kg) dalam kejadian di Parit 7 Sungai Labu, dekat Sekinchan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, lembu jantan dianggarkan berusia lebih 2 tahun itu terjatuh ke dalam parit sedalam semeter berkenaan sebelum tersekat dalam lumpur.

Difahamkan, usaha mengeluarkan lembu itu menemui jalan buntu sebelum orang awam menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan.

Komander Operasi BBP Sekinchan, Zulkafli Abdul Mayas berkata, seramai 11 anggota termasuk pegawai dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.03 petang.

“Anggota bomba terpaksa terjun ke dalam parit dan menggunakan hos bomba sebagai tali untuk menarik keluar lembu itu.

“Operasi mengeluarkan haiwan itu dengan selamat mengambil masa kira-kira 50 minit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas beliau, lembu itu kemudiannya diserahkan kepada pemiliknya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN