Bomba selamatkan pendaki terkandas - Utusan Malaysia

Bomba selamatkan pendaki terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menyelamatkan seorang pendaki yang mengalami kecederaan kaki ketika mendaki Gunung Twin Peak, Bukit Fraser, Raub pukul 5.24 pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menyamatkan Chok Sai Khow, 40, bersama dua lagi rakannya yang menemani mangsa sepanjang terkandas di gunung tersebut akibat terseliuh.

“Lelaki tersebut mengalami kecederaan kaki terseliuh ketika mendaki gunung itu bersama dua rakannya pada tengah malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anggota bomba berjaya menemui mangsa pada pukul 5.24 pagi dan diberikan rawatan awal,” katanya melalui kenyataan kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Raub untuk diberikan rawatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini