PASIR GUDANG 16 Mac – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri mengesan terdapat kandungan gas berbahaya hidrogen sianida dalam udara tercemar akibat pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, di sini pada 7 Mac lalu. Pengarah JBPM negeri, Datuk Yahaya Madis berkata, hidrogen sianida adalah antara gas berbahaya daripada 15 gas yang dikesan pihaknya ketika melakukan pencerapan kualiti udara. “Sepanjang operasi dijalankan, bacaan tertinggi yang direkodkan ialah 4.5ppm di Taman…










