Bom meletup depan Balai Polis Satun - Utusan Malaysia

Bom meletup depan Balai Polis Satun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SATUN 10 Mac – Dua butir bom meletup di Balai Polis Satun, Wilayah Satun di selatan Thailand malam tadi namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

Ketua Polis Muang Satun, Kolonel Pacharapol Na Nakorn berkata, dalam kejadian pertama kira-kira 10.15 malam (waktu tempatan), sebutir bom dipercayai meletup di dalam tong sampah di depan Balai Polis Satun.

Dalam kejadian kedua pada 10.50 malam (waktu tempatan) beliau berkata, sebutir bom meletup di tempat letak kenderaan balai polis itu yang mana bahan letupan itu dipasang di sebuah motosikal sebelum diletupkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan skuad bom (EOD) mendapati bom yang digunakan dalam insiden itu adalah bom buatan sendiri. Tiada serpihan bom ditemukan,” katanya.

Kereta dan motosikal di tempat letak kenderaan balai polis mengalami kerosakan akibat insiden itu.

Pacharapol berkata, polis juga menemukan sebutir bom di pasar raya Makro, dekat sini dan berjaya dimusnahkan.

Sementara itu, pihak polis turut menemukan empat objek yang mencurigakan di Daerah Pakpayun, Wilayah Pattalung, kira-kira 150 kilometer dari sini. Siasatan lanjut sedang dijalankan.

Dalam pada itu semalam, genap 110 tahun Patani dijajah oleh kerajaan Thailand. Pada 10 Mac 1909 satu perjanjian antara Siam dan British iaitu The Anglo-Siamese Treaty of 1909 atau Bangkok Treaty of 1909 ditandatangani membahagikan kawasan pemerintahan antara Siam dengan British.

Isi kandungan penting perjanjian tersebut ialah negeri Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan pulau-pulau bersebelahan diserahkan kepada British untuk memerintah manakala lima wilayah selatan Thailand iaitu Patani, Yala, Narathiwat, Songkhla dan Satun diserah kepada Thailand. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini