SEATTLE 12 Mac – Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, Dennis Muilenburg menegaskan keyakinannya terhadap tahap keselamatan pesawat 737 MAX yang merupakan antara pesawat buatan Amerika Syarikat (AS) paling laris jualannya.
Keyakinan itu disuarakannya terhadap kakitangan Boeing biarpun ramai pihak memberi pandangan supaya pesawat jenis itu digantung operasi susulan nahas 737 MAX milik Ethiopian Airlines berhampiran Addis Ababa, Ahad lalu.
Kejadian itu merupakan yang kedua melibatkan pesawat Boeing 737 MAX 8.
Pesawat 737 MAX 8 milik Lion Air terhempas di Indonesia pada Oktober tahun lalu, mengorbankan 189 orang.
“Kami yakin dengan keselamatan 737 MAX dan hasil kerja kakitangan yang mereka dan membinanya.
“Sejak mendapat sijil kelayakan dan memasuki pasaran komersial, edisi MAX telah memenuhi keselamatan pesawat,” katanya.
Kenyataan itu sebagai menaikkan semangat anak-anak buahnya di dalam keluarga Boeing melalui surat yang die-melkan dan diperoleh Reuters seperti dilaporkan Channel News Asia. – AGENSI











