BN serius kembalikan sokongan bangsa lain - Khaled Nordin - Utusan Malaysia

BN serius kembalikan sokongan bangsa lain – Khaled Nordin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 4 Mac – Barisan Nasional (BN) tetap memerlukan undi Cina dan India dalam mana-mana pilihan raya sekali pun yang diadakan di negara ini, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa BN tidak memerlukan undi kaum lain dan menegaskan kenyataan dikeluarkannya semalam perlu diadili secara objektif mengikut konteks Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih serta tidak diputarbelitkan.

Mohamed Khaled turut menegaskan, BN serius berusaha untuk mengembalikan semula pengundi-pengundi Cina dan India ke pangkuan BN kerana setiap undi itu adalah penting.

“Saya ingin membuat penjelasan kepada artikel saya mengenai pengajaran daripada kemenangan BN di Semenyih. Saya tidak mengatakan bahawa BN tidak memerlukan undi Cina dan India dalam mana-mana pilihan raya sekalipun.

“Seperti yang saya telah katakan, meskipun BN tidak mendapat sokongan kaum Cina dan hanya 40 peratus undi dari kaum India, orang Melayu-Muslim masih boleh menghantar signal yang jelas kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menzahirkan ketidakpuasan mereka dengan mengundi calon BN.

“Momentum itu akan berterusan jika mereka bersatu dengan matlamat dan misi yang jelas demi mempertahankan kepentingan bangsa dan agama,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Mohamed Khaled berkata, BN tetap memerlukan undian dan dokongan semua orang untuk menjayakan Malaysia yang diimpikan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN