KUALA LUMPUR 27 Mac – Impak perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China dapat diminimumkan jika negara-negara anggota blok ASEAN saling bersatu dan bekerjasama bagi membentuk blok dagangan yang kukuh seperti Kesatuan Eropah (EU). Ketika membuat gesaan itu, Presiden Dewan Perdagangan ASEAN, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, walaupun terdapat beberapa inisiatif dan pelan tindakan bagi memupuk perpaduan ekonomi serantau ketika ini, namun keperluan mempertingkatkan hubungan dagangan dua hala itu…










