BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 5 MAC 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 5 MAC 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELINGA Awang masih lagi mendengar naratif hutang negara yang terus diulang-ulang Pakatan Harapan (PH). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pun masih menyelitkan alasan faktor hutang negara yang banyak dan dana tidak mencukupi dengan meminta rakyat memberi ruang secukupnya kepada kerajaan membuat penambahbaikan dalam pentadbiran.

Cerita ‘alasan hutang negara’ ini, Awang tertarik dengan hujah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Disember lalu. Kata Daim: “Rakyat tak nak dengar pasal hutang, itu cerita lama. Tapi kerajaan perlu perbetulkan, itu soal pengurusan.”

“Kalau kerajaan kata ada hutang, itu soal kerajaan (yang perlu diselesaikan). Kerajaan kena bayar. Rakyat hanya tahu harga mesti turun, pendapatan mesti meningkat. Ini tanggungjawab kerajaan.”

Memuatkan artikel berkaitan…

Awang cukup pasti rakyat akan menolak PH sekiranya gagal menunaikan janji manifesto pilihan raya.

Waima apa pun, menteri-menteri PH harus menggalas tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat. Sekiranya tidak, pembangkang akan menjuarai isu berkenaan.

Tanda arasnya – keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, baru-baru ini dan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Sabtu lepas.

AWANG – Sudah lunas hutang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini