KELMARIN, Awang menerima berita sedih seorang bekas pemimpin kanan MIC, Tan Sri S. Balakrisnan yang pernah menjadi sumber berita Awang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Kenderaan yang dinaikinya dirempuh sebuah treler. Semalam juga lima orang termasuk sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan bas ekspres. Kadar kemalangan jalan raya di negara ini terus berada pada tahap membimbangkan dengan purata pertumbuhan tahunan antara…










