BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 1 MAC 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 1 MAC 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG alu-alukan komitmen tinggi kerajaan terhadap keselamatan rakyat Malaysia di Pakistan dan India yang sedang bergolak.

Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan Notis Kepada Juruterbang (NOTAM) bagi semua syarikat penerbangan di negara ini supaya mengelak menggunakan ruang udara Pakistan susulan penutupannya kelmarin. Kementerian Pendidikan pula bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar untuk mendapatkan perkembangan lanjut situasi pelajar kita.

Bila mengikuti krisis peperangan melibatkan senjata berat terutama peluru berpandu darat ke udara serta-merta Awang teringat tragedi pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai 2014.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kerajaan-kerajaan Barat waktu itu dipercayai menyedari risiko penerbangan di ruang udara wilayah bergolak di timur Ukraine sebelum nahas MH17. Malangnya tidak mengambil sebarang tindakan.

Menurut laporan akhbar Jerman, Correctiv yang menyiasat insiden itu, pada 14 Julai tahun itu, pegawai Ukraine memaklumkan kepada duta-duta dari negara Barat, campur tangan Rusia yang menghantar unit kereta kebal ke kawasan konflik, sekali gus mencetuskan peperangan udara yang lebih teruk.

Tiga hari kemudian, MH17 ditembak jatuh apabila melintasi ruang udara timur Ukraine menyebabkan kesemua 298 penumpang dan kru terbunuh.

AWANG – Pantau, lapor menteri bekerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN