Bintang All Blacks lawat mangsa tragedi Christchurch - Utusan Malaysia

Bintang All Blacks lawat mangsa tragedi Christchurch

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mac – Pemain ragbi pasukan kebangsaan New Zealand, Sonny Bill Williams sempat meluangkan masa menziarahi mangsa insiden berdarah dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.

Menurut laporan portal Daily Mail, pemain bintang pasukan yang terkenal dengan jolokan All Blacks itu turut berkesempatan melawat rakyat Malaysia yang sedang menerima rawatan, Mohd. Nazril Hisham Omar, 46, di Hospital Christchurch.

Williams yang beragama Islam hadir ke hospital itu ditemani seorang lagi bintang All Blacks, Ofa Tu’ungafasi dan pemain Richmond Tigers, Bachar Houli selepas menghadiri majlis memperingati kematian mangsa di dua masjid Christchurch.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketiga-tiga bintang sukan itu juga meluangkan masa berbual dan mengambil gambar bersama mangsa, keluarga dan kakitangan Hospital Christchurch.

Sejurus selepas kejadian tembakan itu berlaku 15 Mac lalu, Williams merupakan antara individu yang tidak dapat menahan kesedihan dengan memuat naik video mengecam tindakan tersebut dalam laman Twitter miliknya.

Menceritakan kejadian hitam itu kepada portal Stuff, Mohd. Nazril Hisham memberitahu kejadian berlaku semasa dia ingin menunaikan solat jumaat di Masjid Al Noor sebelum dikejutkan dengan bunyi tembakan.

Beliau kemudiannya cuba berlari menyelamatkan diri namun ditembak di bahagian kaki dan belakang.

Pada masa sama, Mohd. Nazril Hisham turut melihat ramai mangsa rebah satu persatu akibat ditembak pengganas terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini