“KERAJAAN negeri perlu bertegas dalam hal ini,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengenai tindakan penguatkuasaan ke atas pencerobohan tanah di Cameron Highlands khususnya di kawasan tadahan air Terla sejak 25 Februari lepas. “Maka permintaan para pekebun kecil berkenaan tidak dapat dilayani. Ini demi memelihara alam sekitar daripada tercemar, seterusnya bagi menjamin bekalan air terawat yang berterusan untuk keperluan kira-kira 70 peratus penduduk Cameron Highlands,” katanya lagi. Ungkapan ini sebagai reaksi kepada permintaan Persatuan Pekebun-pekebun Kecil India Cameron Highlands agar kerajaan negeri tidak meneruskan fasa kedua kerja-kerja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya